Sunday, December 9, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ROHAYA DAN NUR AFENDY

8 DISEMBER 2012 di Kg Paya Rumput ,Sg Udang Melaka
Menghadiri majlis perkahwinan kawan lama semasa di UTM KL dulu...
Seronok dapat berjumpa setelah 7 tahun tak jumpa.....ehehehe
Selamat melayari bahtera alam rumahtangga Rohaya dan pasangannya Nur Afendy...moga bahagia ke hujung nyawa.Ada kesempatan nanti bolehlah kita berjumpa lagi...



Bergambar kenangan dengan pengantin.

me n aya...


HARI LAHIR NUREEN 5 DIS 2012

Alhamdulillah kakak dah genap 7 tahun.....tahun depan naik ke tahun 2...2013
Sederhana sahaja meraikan hari lahir kakak....kek strawberry ibu beli untuk kakak....

SELAMAT HARI LAHIR NUREEN 

Moga kakak jadi anak yang solehah...yang sangat sayang pada ibu ayah....
Doa ibu sentiasa mengiringi kehidupan kakak...Ya Allah....limpahkanlah segala rahmatMu untuk anakku.







Tuesday, December 4, 2012

OTAK DAPAT BERFIKIR LEBIH CEPAT ....

Hari ni saya terbaca tips supaya otak kita dapat berfikir dengan cepat...
caranya ialah

1.Ambil EPA iaitu minyak ikan dalam dos secukupnnya.Saya ada nampak dalam katalog cosway...bila2 nanti leh la singgah ke sana.

2.Amalkan seks terancang.

3. Buat teka teki

4. Berjalan kaki

5.Ketawa dan senyum

6. Berfikiran kreatif.

7.Berhubungan dengan sifat keanak-anakan..

Sunday, December 2, 2012

AJAR ANAK SOLAT

Bila waktu sepatutnya mengajar anak solat?

Tahap pertama solat bagi anak2 ni ada hadithnya, diriwayatkan
 oleh Thabrani dari Abdullah Bin Habib bahawa Rasulullah SAW bersabda " Jika seorg anak sudah mengetahui dan dapat membezakan tangan kanan dan kirinya, maka perintahkanlah dia utk mengerjakan solat.

sebenarnya solat bagi anak kecil.... when they watch us solat, they will follow the movements, this is the beginning of solat lesson.... apa yg kita buat mrk ikut. sebab tu bila kita solat kita ajak mrk solat sama, berjemaah. and bg anak lelaki, ayah2 rajin2 lah bawa mrk ke masjid dari kecil, biar mereka tau yg lelaki solatnya lebih afdol di masjid berjemaah. Yg amali, semuanya lebih effective bila kita ajak mereka buat bersama kita mula dari kecil... bacaannya, introduce stage by stage.

and introduction to Rukun apa yg fardu dan syurut (syarat sah) Solat, Rasululullah menetapkan umur 7 tahun sebagai awal tahap pengajaran. banyak hadith yang boleh di rujuk, antaranya riwayat Tirmizi menyebut "Ajarkanlah anakmu mengerjakan solat ketika berumur 7 tahun dan apabila telah berusia 10 tahun, pukullah dia jika sampai mengabaikannya"

 jgn kita abaikan ttg ajarkan solat pada anak2 kita seawal mungkin... jgn terlalu sibuk dik kerja, suruh org ajarkan anak2, ajar sendiri. atau kita kata, anak kita masih kecil, nanti besar baru nak ajarkan...... sekali sekala buat spot test kat anak-anak walau dah remaja, tahsin bacaan solat mrk, observe mrk solat, betul ke mrk rukuk, sujud antara dua sujud, dll. tanya mrk rukn solat ada berapa, apa dia. Syurut solat ada berapa, apa dia.....

 Saya petik dr komen Um zarif dr fb Didik anak mengikut sunnah Rasulullah




Semak kesempurnaan solat anak-anak.

Bengkel kesempurnaan solat Kem Q ,Muhammad Syafiq b. Rashdan  17 Muharram 1434H (1 Dis 2012) 








PESAN SAIDINA ALI

PESAN SAIDINA ALI: CARA MENDIDIK ANAK 

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga dan seterusnya, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.

Friday, November 23, 2012

Beriadah di Hutan Bandar Mutiara Rini

                      Antara aktiviti cuti sekolah 2012

ronda-ronda hutan bandar dengan basikal

Antara lanskap yang cantik



                                         Mana kakak?hmmm masa ni kakak merajuk.....
Dah lama tak naik basikal....

Wednesday, January 25, 2012

kek karamel

http://bakery2embroidery.blogspot.com
kek karamel  yg berjaya di buat ...best sila cuba